Subtopik 4: Hubungan Sekolah dengan Masyarakat
Hubungan Sekolah dengan Masyarakat
> Melalui kerjasama antara sekolah dan masyarakat, maka matlamat, hasrat dan aspirasi yang diperlukan dapat dicapai.
> Sekolah diwujudkan supaya dapat menjaga pemeliharaan nilai-nilai kemasyarakatan dengan harapan dapat meneruskan nilai-nilai yang dimiliki masyarakat dengan betul.
> Sekolah juga bertindak sebagai agen perubahan, seperti melakukan perubahan terhadap nilai dan tradisi supaya sesuai dengan kemajuan dan tuntutan masyarakat dalam kemajuan dan perkembangan.
> Melalui penubuhan kelab Pencegahan
Jenayah, hubungan Kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin
untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau
di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999).
> Contoh Kerjasama:
Sekolah memberi perkhidmatan kepada
masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika
menganjurkan sesuatu aktiviti dari semasa ke semasa.
Sekolah dan masyarakat diumpamakan seperti isi dan kuku iaitu sangat akrab dan tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Kewujudan progran tahunan seperti mesyuarat PIBG memberi pendedahan kepada masyarakat tentang hal ehwal murid kepada ibu bapa. Selain itu, program gotong royong dan lawatan aktiviti kesukarelawanan juga antara aktivit yang berkait dengan masyarakat.
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback anda.
DeleteAssalamualaikum & salam sejahtera Kumpulan 10. perkongsian yang jelas dan baik! Melalui perkongsian ini kita dapat mengetahui elemen-elemen yang menjadi hubungan sekolah dengan masyarakat. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan sekolah dengan usaha pihak sekolah dan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa. Diharap juga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada individu yang mencari maklumat dan sumber kajian. Syabas Kumpulan 10!
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback anda. Saudari Asyiqin!
DeleteSalam sejahtera. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini dan bermanfaat ini. Ia amat jelas yang, hubungan antara sekolah dan masyarakat amat rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Perhubungan yang sekian lama telah wujud membawa banyak kebaikan dalam proses mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. Dengam mempelajari blog ini, saya menambah ilmu pengetahuan mengenai hubungan sekolah dengan masyarakat.
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback anda. Saudari Kishanthiny!
DeleteAssalamualaikum w.b.t. huraian yang kemas disertakan gambar yang menarik. Saya setuju dengan penubuhan kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah dek peningkatan kes salah laku pelajar yang meningkat tahun demi tahun. Dengan penubuhan kelab menjadi langkah pertama dalam membanteras kejadian ini daripada berulang di sekolah.
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback anda.
Delete