Subtopik 5: Hubungan Guru dan Ibu Bapa
Hubungan Guru dan Ibu Bapa
> Jaringan hubungan yang baik dan berkesan antara pihak sekolah dan ibu
bapa merupakan faktor penentu kecemerlangan sesebuah sekolah.
> Hubungan istimewa antara pihak sekolah dengan ibu bapa membolehkan pihak
sekolah menggunakan peluang yang sedia wujud untuk mendapatkan bantuan,
sokongan dan kerjasama.
> PIBG ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan
permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah.
> Permuafakatan seperti ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang
tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah.
> Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan memainkan peranan yang penting
dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan murid-murid.
> Contoh:
1.
Perbincangan boleh
diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang
kelemahan dan masalah yang dihadapi.
2.
artikel penuh: http://obo1760.blogspot.com/2012/07/projek-tanaman-sayur-ala-fertigasi-di.html
> Permuafakatan antara guru dan ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan
dan kemajuan murid secara berterusan kea rah melahirkan warganegara yang celik
akal dan berwawasan.
- Disediakan oleh MUHAMMAD DANIAL IRFAN BIN RISAMUDDIN, (D20201095754).
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya amat faham dan jelas tentang perkongsian tersebut dengan adanya gambar yang menarik serta isi yang singkat dan padat.
ReplyDelete(Nur Annisa binti Abdullah D20201093997)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, satu perkongsian yang menarik berkaitan dengan hubungan yang baik, erat dan berkesan antara guru dan ibu bapa. Di harap, hubungan sebegini dapat dibentung di setiap sekolah yang terdapat di Malaysia.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan selamat sejahtera.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang menarik ini. Pelajar dan guru bukan sahaja hidup di Kawasan sekolah, mereka juga berinteraksi dengan dunia luar dan di persekitaran sekolah tersebut. Perkongsian ini sangat membantu kerana masyarakat perlu tahu tentang hubungan-hubungan masyarakat dengan guru supaya hubungan tersebut dapat dikekalkan dengan baik supaya perkara tersebut dapat mengekalkan keamanan persekitaran sekolah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian amat menarik dan dapat saya fahami bahawa hubungan guru dan ibubapa merupakan aspek paling penting dalam mendidik pelajar-pelajar. Hal ini kerana guru dan ibubapa mestilah saling memahami antara satu sama lain supaya pelbagai inisiatif untuk pelajar dapat dilaksanakan. Contohnya, hubungan dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan guru dan ibubapa seperti gotong-royong, solat hajat perdana, jamuan makan di sekolah dan pelbagai program lagi. Hal ini telah memberikan suatu suasana persekitaran yang amat baik antara guru, ibubapa dan pelajar.
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback anda.
DeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera. Saya amat tertarik dengan perkongsian yang diberikan oleh saudara. Menerusi perkongsian ini saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang kepentingan hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa. Dalam membentuk seorang pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek , hubungan yang baik antara guru dan ibu bapa amatlah penting. Segala maklumat atau perancangan yang hendak dilakukan akan lebih mudah untuk dilaksanakan. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa secara tidak langsung akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Guru juga lebih mudah untuk berbincang atau menyelesaikan segala masalah tanpa perlu ada apa-apa konflik. Oleh itu,pelbagai anisiatif boleh diambil bagi membentuk permuafakatan ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik. Perkongsian ini sangat jelas dan mudah difahami. Perkongsian ini juga dapat diaplikasi semasa menjadi seorang guru.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas perkongsian maklumat dari kumpulan 10 berkenaan tajuk sekolah dan persekitaran yang menarik ini. Maklumat dan ilmu yang ingin disampaikan sangat jelas yang mana dapat memberikan pemahaman yang baik terhadap pembaca. Pada pendapat saya, hubungan ibu bapa dan guru merupakan perkara yang penting bagi sesebuah pendidikan anak anak di sekolah. Hubungan yang baik antara kedua-dua pihak ini mampu membentuk sistem pembelajaran anak anak secara berkesan apabila wujudnya kerjasama antara guru dan ibu bapa ini. Sekian, terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback anda.
DeleteAssalamualaikum, terima kasih atas perkongsian yang menarik dan mudah untuk difahami. yaa betul, hubungan yang baik perlu wujud antara ibu bapa dan guru secara langsung akan memudahkan kerja guru dalam mendidik atau menasihati muridnya. Guru boleh berbincang dengan ibu bapa bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback anda.
DeleteAssalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkongsian yang bermanfaat terutama buat bakal guru pada masa akan datang. Hubungan yang baik di antara guru dan ibu bapa merupakan salah satu faktor yang dapat menjamin kecemerlangan pelajar. Oleh itu, hubungan yang baik ini haruslah sentiasa dikekalkan.
ReplyDeleteNURHAZIQAHEZLIN BINTI MOHD AMIN
D20201093268
Terima kasih atas feedback anda.
DeleteAssalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang amat menarik. Benar, hubungan yang baik diantara guru dan pelajar mampu memberikan kecemerlangan terhadap seseorang pelajar. PIBG ditubuhkan untuk membantu dan menambah usaha sesebuah sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka. Oleh itu, hubungan begini mampu melancarkan lagi sistem pendidikan yang ada dalam sesebuah sekolah. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih atas feedback anda.
Delete