Subtopik 3: Hubungan 3 Dimensi


Hubungan 3 Dimensi

Interaksi di sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.

> Manakala tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. 

Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah.

Sebagai contoh, kelas sosial, etnik, dan gender akan mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah.

> Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah.

Bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Perkara ini dapat dilihat apabila kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat dan objektif masyarakat terutamanya dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.

> Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat 2:

“Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebijaksaan dan taqwa. Dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa atau permusuhan”.


- Disediakan oleh MOHD HERY WANSYAH BIN BAKRI, (D20201095782).


 

Comments

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik. Perkongsian ini sangat jelas dan mudah difahami. Perkongsian ini juga dapat diaplikasi semasa menjadi seorang guru.

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera! Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat informatif dan menarik ini. Leibih-lebih lagi cara penerangan dalam blog ini amat mudah untuk difahami. Saya dapat memahami dengan lebih lanjut tentang sekolah dan persekitaran. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Setiap sekolah hendaklah menitikberatkan hubungan tiga dimensi di antara pihak sekolah, pihak ibu bapa dan juga masyarakat. Hubungan yang mantap dan akrab daripada ketiga-tiga pihak dapat memudahkan pencapaian matlamat atau objektif yang sama. Hal ini kerana, sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang tidak wujud secara bersendiriran. Setiap informasi dalam blog ini amat berguna kepada saya. Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas feedback anda. Saudari Sangeetha

      Delete
  3. Salam sejahtera. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat dan berinformasi. Melalui blog ini, saya dapat mengetahui hubungan 3 dimensi yang diwujubkan di sekolah. Hubungan 3 dimensi adalah melibatkan tiga pihak iaitu sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Saya boleh mengenali hubungan antara faktor luar sekolah dengan faktor dalaman sekolah. FAktor dalaman sekolah termasuk gaya kepimpinan, peranan para guru, dan sebagainya. Faktor luaran sekolah ialah kelas sosial, gender, etnik dan sebagainya.
    WONG WAI TEK D20201093764

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Subtopik 5: Hubungan Guru dan Ibu Bapa

Subtopik 4: Hubungan Sekolah dengan Masyarakat