Subtopik 2: Persekitaran

 


Persekitaran

Persekitaran merupakan keadaan sekeliling. Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.

Persekitaran sekolah juga merupakan kawasan di sekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.

Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK).

Contoh Persekitaran Fizikal 

Persekitaran fizikal dalam sesebuah sekolah merujuk kepada benda yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti bangunan sekolah, taman-taman, kantin dan bilik darjah.


Sususan Meja Kelas Persekitaran Psikososial

> Persekitaran psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya

> Suasana yang merangsang pembelajaran

> Bebas daripada bahaya dan ancaman fizikal


- Disediakan oleh AHMAD SYIHAN BIN MOHAMED (D20201095476)






Comments

  1. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian maklumat yang bermanfaat ini. Faktor persekitaran sekolah amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak termasuk pelajar itu sendiri. Persekitaran yang bersih dan nyaman akan merangsang pembelajaran murid di sekolah serta memudahkan permerolehan ilmu oleh murid malah guru juga turut memperoleh manfaat. Manakala persekitaran fizikal yang melibatkan kewujudan bangunan seperti kantin, makmal dan pusat sumber sekolah akan dapat memudahkan guru dan pelajar mendapatkan keperluan masing-masing seperti makanan, buku rujukan dan lain-lain.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik. Perkongsian ini sangat jelas dan mudah difahami. Perkongsian ini juga dapat diaplikasi semasa menjadi seorang guru.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsianyang sangat bermanfaat untuk kami bakal guru. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita kemaskan lagi pengetahuan serta amalan semasa jadi guru nanti, iaitu berkaitan hubungan sekolah dengan masyarakat, hubungan guru dan ibu bapa, dan berkenaan isu-isu pendidikan semasa serta hubungan pendidikan dan globalisasi.terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Subtopik 5: Hubungan Guru dan Ibu Bapa

Subtopik 4: Hubungan Sekolah dengan Masyarakat

Subtopik 3: Hubungan 3 Dimensi