Subtopik 7: Pendidikan dan Globalisasi

 

Pendidikan dan Globalisasi

Globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dari negara, masyarakat dan budaya telah bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi imigresen dan pengangkutan.

Globalisasi sebagai mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi dunia.

Pendidikan dan globalisasi telah mendapat tempat di sekolah-sekolah Malaysia untuk kekal maju dengan teknologi serta tidak ketinggalan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan kerana sekolah pada masa kini telah menggunakan teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini.

Guru mengajar menggunakan Projector LCD

> Pengajaran yang lebih baik di sekolah pada abad ke-21, di dalam kelas telah diletakkan ‘projector dan LCD’ supaya dapat membolehkan pelajar mempelajari ilmu yang berkonsepkan pendidikan globalisasi secara meluas.

Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi.

- Disediakan oleh AMIRUL AZIZI BIN ZAILAN, (D20201095750)

Comments

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.Selain itu juga, Guru juga hendaklah bersedia berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran akan datang yang bakal dihadapi kelak. Pada era globalisasi kini, guru juga hendaklah sentiasa peka dengan teknologi dan kemudahan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran di sekolah yang berupaya menarik minat pelajar.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya ingin berterima kasih kepada kumpulan 10 atas perkongsian yang sangat bernilai terutamanya kepada saya sebagai seorang bakal guru.Hasil daripada perkongsian ini,dapatlah saya ketahui bahawa pendidikan dan globalisasi telah mendapat tempat di sekolah-sekolah Malaysia untuk kekal maju dengan teknologi serta tidak ketinggalan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan kerana sekolah pada masa kini telah menggunakan teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Blog kalian sangat menarik. Sekali pandang macam berada di pantai pula :) Baiklah, persekitaran sekolah amat penting bagi melahirkan murid yang berkualiti. Pihak kerajaan seharusnya membekalkan kelengkapan yang terbaik untuk sekolah sekiranya ingin pelajar berjaya dan meneraju negara. Melalui blog ini, kita dapat tahu beberapa info dan teori sekolah dan persekitaran. Mungkin bakal guru boleh mempraktikkan segala tips setelah membaca blog ini. Memang terbaik :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian yang sangat baik, menarik dan mudah difahami. Melalui perkongsian ini, saya dapat mengetahui tentang konsep dan definisi pendidikan dan globalisasi dengan lebih terperinci. Semoga perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dan Salam sejahtera. Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat Dan dapat digunakan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru.
    NURUL SYAKIRAH BINTI ROSSLAN
    (D20201093621)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik dan sangat bermanfaat untuk digunakan ketika menjadi seorang guru. perkongsian ini sangat ini mudah difahami dan sangat jelas. perkongsian ini juga akan menjadi rujukan bakal seorang guru suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan/puan empunya blog ini.Sekalung penghargaan atas perkongsian yang sangat bermanfaat terutamanya kepada kami semua yang berimpian untuk bergelar sebagai seorang guru. Hasil daripada perkongsian ini,dapatlah saya ketahui bahawa pendidikan dan globalisasi telah mendapat tempat di sekolah-sekolah Malaysia untuk kekal maju dengan teknologi serta tidak ketinggalan maklumat yang berkaitan dengan pendidikan kerana sekolah pada masa kini telah menggunakan teknologi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian yang amat menarik ini . Saya amat tertarik dengan subtopik ini kerana ianya amat bersesuaian dengan kita yang berada di zaman serba moden ini . Setiap aktiviti termasuklah aktiviti dalam bidang pembelajaran kini semakin maju dan berkembang bahkan lebih memberi kemudahan kepada setiap individu yang terlibat . Maka , jelaslah perkongsian ini membantu para pelajar dan pendidik termasuklah orang ramai untuk menyedari bahawa pendidian globalisasi ini sememangnya wajar dikekalkan sesuai dengan perkembangan dan kemajuan teknologi .

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kumpulan 10 yang menerangkan dengan teperinci mengenai tajuk sekolah dan persekitaran memberikan sedikit pencerahan kepada saya bahawa persekitaran yang selesa dan kodusif amat memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran untuk kanak-kanak. Saya juga mendapat pengetahuan yang baru mengenai globalisasi juga memainkan peranan dalam menjadikan persekitaran yang baik di sekolah. Sekian Terima Kasih. Muhammad Faris Hakimi bin Zabudin (D20201094290)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Subtopik 5: Hubungan Guru dan Ibu Bapa

Subtopik 4: Hubungan Sekolah dengan Masyarakat

Subtopik 3: Hubungan 3 Dimensi